Pages

Wednesday, April 3, 2013

Kenapa Perlu Malu

Ct tak tahu kenapa perlu malu dengan apa yang kita kerja

Ct tahu orang lain yang Ct kenal semua kerja besar. Jadi cikgu,pensyarah and kerja di bank.

Kita kerja halal. Bukan jual body kat orang. Bukan meminta-minta di tepi jalan. Kita berusaha untuk berdikari sendiri.

Bukan senang hendak dapat kerja tetap sekarang.

Sebelum ini Ct hanya kerja kontrak. Sekejap kerja sekejap lagi mengangur berbulan-bulan.

Tahu Ibu bapa mana yang tidak ingin yang terbaik untuk anaknya. Kita sentisa berusaha untuk mencari kerja yang stabil dan tetap.

Tapi untuk masa ini. Hanya rezeki ini yang ada.

Ct suka kerja sekarang. Walau tak sebesar mana or gaji beribu tapi sekurang-kurangnya, Ct dapat tampung hidup sendiri.

Orang manalah tak ingin kerja di sektor kerajaan, kerja di bank atau syarikat yang gah namanya.

Hati manalha tak sedih jika kerja yang Ct buat selalu dipersoalkan. Belajar tinggin tapi just kerja biasa-biasa sahaja.

Ku memohon. Tolong faham,doakan Ct disini setiasa diberkati dan dimurahkan rezeki.