First tima hari itu buat terus jadi cup cake. Tak ada pun lavanya.
Punyalah sakit hati. Sendiri punya salah coz masak lama sangat dalam oven.
But tadi malam masak lebih juga dari 15 minit coz bahagian atas tak keras lagi. Ct tambah masa tapi just dalam 2 or 3 minit saja Ct tambah. Syukur menjadi juga.
Memang tak rugi buat. Rasa coklat dia terasa sangat. Nikmat tau.
Pada yang pengemar coklat rugi kalau tak buat. Cubalah,so simple hendak buat.
Coklat Lava Kek
BAHAN-BAHAN
1 cawan Dark coklat-Potong halus
6 sudu besar mentega
2 biji telur
3 sudu besar gula halus
3 sudu besar tepung kek
1 sudu besar serbuk koko
secubit garam
CARA MEMBUATNYA
1.Panaskan oven 160 darjah celcius dahulu.
2.Cairkan coklat dan mentega menggunakan kaedah double boil. Setelah cairkan, masukkan serbuk koko, gaul sebati dan ketepikan.
3.Pukul telur dan gula selama 3 minit, dan masukkan ke dalam adunan coklat tadi. Masukkan tepung dan garam. Gaul sebati.
4.Tuang adunan tersebut ke dalam bekas ramekin yang telah di gris dengan mentega dan gula halus. Masukkan adunan ke dalam freezer selama 5 minit.
5.Masukkan dalam oven. Bakar selama 15 minit. Ikut oven masing-masinglah ye. Kalau terlalu lembut lagi tambahkan masa 2 or 3 minit lagi.
6. Setelah masak. Keluarkan dari oven dan boleh dimakan bersama aie krim. Sedap sangat.
Terasa sangat coklatnya. Ct yang suka coklat pun,tak larat nak habiskan satu lava cake ini.
Bahan-bahan tadi hanya cukup untuk 2 bekas ramekin sahaja. Kalau hendak buat banyak tambahlah bahan-bahan tadi.
Lava kek ini memang sesuai kalau buat sebagai pencuci mulut. Hendak buat pun senang sangat.