Ct just buat dalam cup cake sahaja. Senang dia hendak bawa balik and makan. Time fair tak kan lah nak potong depan orang lain. Kena buat sesuatu ikut kesesuain tempat and masa.
Hari itu dah nak buatkan Pavlova but bila buat tak jadi pulak. Mungkin kerana hati tak tenang sangat so buat semuanya tak jadi. Terus Ct cancel hendak buat.
Ini pun Ct buat pukul 5pagi coz Ct tak boleh hendak tidur. Dalam kul 6pagi dah siap.
Cake ini memang sedap sangat.
Ct ternapak di blog Kak Noor. Hendak buat pun simple lah sangat dan masa pun tak lah lama.
Sekarang Ct ni malas nak buat kalau masa lama sangat.
Best Nutella Brownies
Sumber: Kak Noor
BAHAN-BAHAN
113gm butter
1/2 cup serbuk koko
3/4 cup gula
1/2 cup nutella
85 gm coklat di potong
2 biji telur
1/2 cup tepung
1/2 sk garam
* 1/2 sk baking powder - saya tambah kak noor pun tambah
1/4 cawan susu segar kak noor tambah
CARA MEMBUATNYA
1.Satukan butter dan serbuk koko ke dalam mangkuk dan panaskan sebentar sehingga butter cair ke dalam oven. * Saya buat cara double boiling sehingga butter cair.
2.Apabila butter cair, pukul sehingga keduanya sebati, licin dan lembut.
3.Kemudian masukkan pula gula, nutella dan coklat potong. Kacau lagi hingga sebati dan licin.
4.Kemudian masukkan pula telur dan sebatikan.
5.Akhir ayakkan tepung, garam dan baking powder. Masukkan ke dalam bancuhan tadi.
Kacau perlahan-lahan menggunakan spatula.
6.Masukkan ke dalam acuan muffin. Boleh taburkan dengan coklat chip, kismis atau kekacang.
7.Bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.
Ct buat tak banyak. Ct bagi 6 pada birtday girl and lebihnya Ct bagi kawan yang ada di fair. Rasa dia sedap sangat. Kawan pun cakap sedap. Yang tak tahu Ct boleh baking. Dia orang cakap Ct beli di kedai and ada pulak yang cakap Ct guna tepung ready made.
Kawan ofice yang dengar. Dia orang punya lah senyum meleret. Penat Ct buat pagi-pagi buta.
Rasanya Ct hendak buat lagi. Sedap sangat and tak lah leceh hendak buat. Simple but sedap.