Pages

Tuesday, March 12, 2013

When My Cat DISAPPEAR

Selalunya kalau Ct masak. Pintu belakang tempat jemur baju Ct akan buka.

Supaya bau masakan tak adalah semuanya masuk dalam rumah.

Bau busuklah.Kalau dah bercampur banyak sangat bau.

So macam biasa My Abang aka Cat. Dia akan duduk kat luar sambil main-main di tempat jemur baju.

Sesekali Ct akan tengok untuk pastikan dia ada.

But semalam coz Ct leka sangat memasak dan mengemas pinggan mangkuk kat sink yang telah siap dicuci. Ct terlupa hendak jenguk My Abang tengah buat apa.

Ct just agak My Abang adalah main di belakang or duduk lepak-lepak tengok jiran sebelah.

Bila dah siap semuanya. Tinggal hendak makan. Ct kebelakang untuk ambil My Abang masuk. Bila sampai ke belakang boleh pulak My Abang tak ada.

Hanya Tuhan saja yang tahu macam hati masa itu. Panggil nama dia and cari satu rumah. Tak ada pulak tu.

Air mata dah mengalir dah. Dah bayangkan dia merayap ke rumah sebelah and hilang. Time itu kalau jumpa rasa hendak makan aja. Meatball yang panas-panas dalam rumah belum sempat lagi hendak dijamah.

Dalam sepuluh minit cari tak jumpa juga. Panggil nama dia. Tak lama itu tengok di gril di belakang tempat baju terjeguk muka dia dari rumah sebelah.

Memang cari penyakit betul. Ada ke mengatal ke rumah sebelah. Rumah Ct aprtment shop. So kalau Ct hendak ke rumah jiran sebelah Ct kena keluar rumah, turun tangga and naik tangga masuk ke blok disebelah.

Tak ke cari panyakit namanya. Geram sangat Ct pada dia. Ini last My Cat dapat kuar ke belakang.

Takut sangat dia hilang. Ct sayang sangat pada dia. Dari kecil jaga sampai dah terlebih besar dari saudara-saudara dia yang lain.

Lagi pun banyak modal tau nak jaga kucing di bandar berbanding kat kampung. Kalau keluar rumah mesti kena ikat and simpan dalan sangkar. Coz My Cat ini,kalau tengok orang yang dia tak kenal takut. Badan je besar.

Akak sayang abang tau. Marah-marah pun tetap akak sayang.