Sampai rumah pun dah lepas magrib. Berbuka air saja dalam kereta. Jemm biasalah kat Federal and plus highway.
Jem ada masanya ok lah boleh sampai sebelum magrib. Kalau tak ok tunggulah lepas magrib baru sampai rumah.
Lepas solat and mandi and rehat-rehat melayan my abang bermain baru bersiap hendak makan. Terasa malas hendak masak but teringin hendak makan. So gagahkan diri ke dapur and masak.
Resepi ini Ct google. Adalah jumpa resepi cara untuk buat meatball. But meatball Ct beli yang sudah siap.
Pemalas punya pasalkan. Ct dah lama teringin hendak makan meatball ini. Orang cakap Ikea meatball sedap.
Tapi bilalah Ct ada masa hendak ke damansara. Jauh sangat. Lagi pun seorang-seorang so tak adalah mood sangat.
So penyelesainya adalah buat sendiri sahaja meatball itu. Meatball sauce ini Ct suka sangat. Sedap Ct buat cecah dengan kentang goreng.
Ct ada letak cara untuk buat meatball even Ct guna yang beku punya. Lain kali boleh handmade meatball.
Meatball
Sumber: Matahari
BAHAN-BAHAN
250-300gm Daging Cincang
Bawang putih
1 biji bawang Holland – dicincang sgt halus
3/4 cawan bread crumb
1/3 cawan tepung gandum
2 biji telur – di pukul sedikit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit lada sulah
¼ cawan susu segar
Secubit allspice
Sedikit minyak untuk mengguli
Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA
1.Masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam dan sulah, tepung gandum, susu, telur dan garam.
2.Uli semua bahan tersebut hingga rata serta kental, Kalau agak lembik, sila tambahkan lagi breadcrump itu.
3.Sedia untuk bulatkan meatball.
3.Sedia untuk bulatkan meatball.
4.Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat.
5. Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit.
6.Kalau taknak kukus nak goreng terus pun terpulang la.
7.Saya kukus terlebih dahulu kemudian bakar dalam oven beberapa minit.
Meatball Sauce
BAHAN-BAHAN
1 biji bawang besar holland -dipotong dadu lalu digoreng hingga layu sahaja, dan ketepikan.
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji tomato besar- di potong dadu
1 1/2 cawan air sejuk, *
100ml susu segar/susu cair *
3 sudu sos tomato *
3 sudu sos tiram *
2 sudu kicap manis *
2 sudu lada hitam *
1 cube ayam/ daging* - Ct tak letak coz xada
sesudu gula * - Ct tak letak
CARA MEMBUATNYA
1. Caikan butter dan masukkan tepung gandung, goreng hingga warnanya bertukar agak keperangan.
2. Kemudian, masukkan bawang yang telah digoreng tadi dan seterusnya tomato.
3. Masukkan semua bahan2 yang bertanda * , kacau sebati hingga mendidih.
4. Sejukkan seketika dan kisar sos ini supaya bahan2 seperti bawang dan tomata itu tadi hancur .
Bila sudah siap bolehlah hidangkan. Ct hidangkan dengan salad and kentang goreng.
Bila sudah siap bolehlah hidangkan. Ct hidangkan dengan salad and kentang goreng.
Sedap tau. Ct tak tahulah macam mana rasa meatball di Ikea. Tapi ini pun dah cukup rasa yang Ct suka.
Selamat menjamu selera iye..