Pages

Tuesday, March 12, 2013

Matta Fair March 2013

Hello...Hello...

Start the first Matta Fair this year.

Semua di jemput datang ke Matta Fair March in PWTC. Dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Datanglah menyokong industri pelancongan tempatan kita. Booth under Tourism Malaysia berada di Hall 3. Semua adalah pengiat industria pelacongan tempatan.

Kalau bukan kita yang sokong siapa pulak hendak sokong kan.

Pakej-pakej menarik akan menanti anda. Ct pun akan ada disana. Sebagai wakil dari Syarikat Ct.

Minggu ini akan menjadi minggu yang panjang dan meletihkan.

Semua persiapan telah disiapkan.

Hari khamis ini adalah perjumpaan di Putrajaya. Ini surat jemputannya.

Terima kasih kepada Tourism Malaysia diatas peluang yang diberi.


NOTA MAKLUMAN
MATTA FAIR KUALA LUMPUR 2013
___________________________

Tuan / Puan,

TAHNIAH diucapkan kerana telah terpilih untuk menyertai pameran MATTA Fair KL 2013 yang akan diadakan pada 15 – 17 Mac 2013, Dewan Tun Razak 3 PWTC, Kuala Lumpur dibawah payung Tourism Malaysia.


2.         Untuk makluman semua peserta, satu taklimat berkenaan pameran ini akan diadakan seperti butiran berikut:



Tarikh            :    14 Mac 2013 (Khamis)

Masa             :    10.00 pagi
Tempat          :    Bilik Pembangunan Modal Insan, Tourism Malaysia
                                   Tingkat 3, Menara 1, Presint 5 Putrajaya

3.         Sekiranya terdapat sebarang pindaan tarikh, pejabat ini akan memaklumkan kepada pihak tuan/puan kemudian. Begitu juga dengan pelan lantai dan kedudukan organisasi tuan/puan semasa pameran berlangsung akan dimaklumkan kemudian. Bersama-sama ini dilampirkan memo makluman tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya untuk menyertai MATTA Fair KL 2013 ini serta booth plotting semasa pameran itu nanti daripada Tourism Malaysia Ibu Pejabat untuk perhatian dan tindakan pihak tuan/puan selanjutnya. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan perkara ini, pihak tuan/p[uan boleh menghubungi saya di talian 012-374 3822.

Sekian, terima kasih.

Update:

Tukar tempat and masa untuk taklimat.

Taklimat Pameran :

Pejabat ini ingin memaklumkan bahawa terdapat sedikit perubahan terhadap ketetapan tarikh, masa dan tempat taklimat kepada semua peserta pameran MATTA Fair Kuala Lumpur 2013. Butiran terbarunya ialah seperti berikut :
Tarikh            :   14 Mac 2013 (Khamis)
Masa              :   5.30 petang
Tempat          :    Bilik Bunga Dahlia, Aras 3,Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur

So esok petang baru buat aktiviti yang menyebukkan. Pagi rehat-rehat di rumah sahaja. Mesti sampai ke malam baru siap semuanya. huhuhuhuhu.......