Pages

Wednesday, April 3, 2013

Abang and Bersunat

Lupa hendak update sabtu lepas. Dah masukkan dalam blog just tak publish je.

Sabtu pagi pergi klinik haiwan. First sebelum hendak hantar kucing ke klinik kena buat temujanji dulu.

Ct dah buat temujanji hari isnin lagi.

Tujuan utamanya adalah untuk hantar my abang untuk bersunat. Dia dah besar so kenalah bersunat sebelum dia buat aktiviti spry bau di seluruh rumah.

Karang satu kerja pulak handak bersihkan rumah. Kecian juga tengok dia bila hendak hantar.

My abang macam tahu saja hendak ke klinik. Tak diam duduk dalam kereta. Ct simpan dalam bakul dia. Hentah macam mana boleh pulak dia keluar.

Lepas itu menyebuk hendak duduk kat pangku. Ct tengok resa semacam je.

Ini malam sebelum kena sunat. Perkara yang kedua sebelum hantar sunat. Kena puasakan kucing sekurang-kurangnya 8jam.

Ct lepas magrib dah tak bagi makan and minum. Paginya napak slim pulak kucing Ct. hehehehehe......




Ct pergi klinik dekat dengan rumah sahaja. Tak sampai 10 minit pun driver.

Ct ke City Pets Veterinary Clinic,C1-00-27 Jalan SR 9/1, Taman Serdang Raya, Seksyen 9 43300 Seri Kembangan, Selangor‎. Contact number 03-8943 5602, 013-362 0336 (Mobile).

Klinik itu bersebelahan dengan Bank Rakyat, show room perodua dan Hotel Mines Times Inn.

Hari itu dokter cakap petang baru boleh ambil. Tapi tak ada ramai pesakit lain. Ct just tunggu dalam 30 minit sahaja.


Selepas 30 minit ini adalah hasilnya. Pengsan u My abang. Lena sangat dia tidur coz kena bius. Tak perna Ct tengok My abang tidur lena sangat.

Kecian Ct tengok but what to do. Dah bujang so kenalah sunat kan..


Balik Ct simpan dia dalam sangkar.

Then Ct keluar rumah coz ada hal kat luar. Ct balik dalam pukul 2pm. Dia dah sedar and sibuk hendak keluar dari sangkar.

Degil u My abang. Bila Ct lepaskan dia berjalan macam orang mabuk. Sekejap ke kanan sekejap ke kiri. hehehehe....

Ct nak masukkan dalam sangkar balik but dia tak nak. Lepas itu sibuk hendak makan. 

Ct tak nak bagi makan coz dokter cakap nanti pukul 5 or 6 baru boleh bagi makan kalau dia tak muntah. Kalau dia muntah pukul 9 malam baru boleh bagi makan.

So kenalah tunggu sampai pukul 6 baru boleh bagi makan. 

Ct bagi makan Royel coz Ct takut dia tak nak makan yang lain.

Bila Ct bagi makan punyalah dia bersungguh-sungguh makan even hendak berdiri pun tak tegak lagi. Lapar sangat kot. 

Sekarang dah berapa hari. Ct tengok My abang ok sahaja. Macam itu juga,kuat makan,kuat main.