Cuti Chinese New Year. Ct kan ke hutan cari siput. Ct dapat 2 jenis siput.Siput sedut and siput rodong or ghodong .
Hari itu lepas masak Ct lupa hendak update dalam blog ini.
Ct just masak tumis sambal lada. Simple sangat hendak buat.
Sebelum masak siput itu hendaklah disimpan terlebih dulu semalam atau lagi bagus sehari. Ini adalah agar bahan bungan dari siput dapat keluar.
Itu petua orang tua-tua, coz siput kan kotor ambil dari lumpur. So simpanlah untuk semalaman or sehari dulu sebelum dimasak dan jangan basuh atau kenakan air paip coz siput itu akan mati.
Simpan sahaja dalam bekas but mesti ada udara masuk kang tak pasal-pasal mati siput itu tak ada udara. hahahahaha...Tapi pastikan siput itu tidak boleh keluar dari bekas.
But kalau siput beli dipasar boleh terus masak je.
Siput sedut Ct just potong depan dia separuh so senang untuk disedut but siput rodong or ghodong Ct kena pecahkan cengkerangnya untuk keluarkan isi. Isi dia itu Ct masak sambal.
Siput rodong Ct tak dapat banyak. Tapi cukuplah untuk makan 2 3 orang.
Siput Tumis Sambal Lada
BAHAN-BAHAN
1/2 kilogram siput-dicuci dan tos
12 tangkai cili kering-dikisar
10 biji lada cili
1 biji bawang besar-kisar
3 ulas bawang merah -kisar
3 ulas bawang putih-kisar
1sk asam jawa-ambil airnya
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MENYEDIAKAN
1.Panaskan minyak, goreng siput seketika. Lebih kurang 5 minit. Angkat dan toskan.
2.Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan-bahan kisar sehingga agak kering dan berbau wangi.
3.Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masukkan siput dan goreng kaup terbalikkan hingga sebati.
4.Apabila telah masak boleh dihidangkan. Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.