Pages

Monday, February 4, 2013

Light Cheese Cake


Sebelum balik kampung jumaat lepas sempat lagi buat Cheese Cake. Teringin hendak makan. Ini first time belajar buat.

Sudah lama berangan-angan hendak buat chesee cake tapi tahap keberanian tu paras-paras hidung saja.

Hari itu tanpa banyak fikir terus saja buat. Ini adalah hasilnya.

Resepi Ct dapat dari HaSueSiap ada step by step macam mana hendak buat chesse cake. 

Cake yang Ct buat tidak adalah secantik HaSue buat. Kita budak baru belajar kan...

But memang sedap Chesse cake itu. Rugi kalau tidak buat. Nyummmmmm.....

Separuh Ct makan and separuh lagi bagi pada emak. Emak kate sedap coz tidak manis sangat. Emak Ct tidak tidak suka makan manis-manis.



LIGHT CHEESE CAKE
Sumber: sue-hasue

BAHAN-BAHAN:
300ml susu segar
6 keping keju kraft / 150g cream cheese
3 biji telur gred A
90g gula halus
110g tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
110g mentega/marjerin

CARA MEMBUATNYA:
1.Panaskan oven pada suhu 180c,gris loyang dgn mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan baking paper.
2.Dengan api perlahan,panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. Kacau sehingga cair dan masukkan mentega/marjerin.Kacau sehingga mencair dan ketepikan.
3.Asingkan putih dan kuning telur(kuning telur diletak di dalam bekas yg agak besar untuk 1 adunan)
4.Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue(adunan betul2 ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan x tumpah)
5.Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yg dipanaskan tadi..kacau perlahan.
6.Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati.
7.Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata
8.Masukkan esen vanilla dan sebatikan adunan
9.Sediakan loyang untuk membakar adunan.Selepas itu boleh tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah bergris.
10.Bakar pada suhu 175c menggunakan kaedah bain marie(letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yg berisi air panas ketika membakar) selama 50 minit atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven)