Ct suka sangat makan pavlova. Buat pun super easy...
Hari itu balik kampung, adalah pula orang tempah hendak makan pavlova ini.
Dia tanya Ct, pandai buat or tak. Ct cakap perna buat tapi dah lama. Kalau hendak Ct boleh buatkan.
So aktiviti mencari bahan-bahannya and berumah di dapur.
Banyak blog yang ada resepi pavlova ini. Siap ada step by step untuk buat. So belajar lah pada siapa yang berminat.
Rugi kalau tak rasa pavlova ini. Hendak beli mahal u..So kalau hendak makan Ct lebih suka buat sendiri.
BAHAN-BAHAN
4 biji telur putih sahaja
3/4 cawan gula caster
1/2 sudu kecil vanila
1 sudu kecil cuka makanan
1 sudu besar tepung jagung
TOPPING
1 Cawan Whipping Cream
1 teh gula halus
1/2 sudu teh vanila
Buah-buahan segar (Ct just guna angur and kiwi tapi apa-apa buah-buahan lain pun boleh)
CARA MENBUATNYA
1.Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu
2.Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.
3.Satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka dlm bekas kecil
4.Kacau rata hingga semua bahan larut
5.Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula aje dengan kaedah kaup balik.
6.Letakkan adunan atas baking paper.
7.Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120-100C selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.
8.Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven ,sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya