Sebelum ini pergi kedai dekat rumah tapi bukan rezeki Ct,mee dah habis jual.
So rezeki semalam.Ternapak mee.Ct beli je terus.
Mee Goreng
BAHAN-BAHAN
1 bungkus mee kuning
10 biji cili merah-ditumbuk
3 ulas bawang merah-ditumbuk
5 ulas bawang putih -dtumbuk
Ikan bilis-ditumbuk
2 biji telur
4 sudu mkn sos cili
3 sudu mkn sos tiram
1 sudu kecil Serbuk lada
1 sudu kecil Serbuk kari
Kicap secukupnya
Sayur sawi
Lobak
Tauge
Ayam
Udang
Tahu goreng-dipotong kecil-kecil
Minyak-secukupnya
CARA MENYEDIAKAN
1.Panaskan minyak dalam kuali,kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk.Kacau goreng sehingga garing dan masukkan telur.Kacau seketika.
2.Apabila telur kelihatan separuh massk,masukkan sos cili,sos tiram dan kicap.Jika terasa kering boleh tambahkan sedikit air.
3.Masukkan mee kuning dan kacau rata.
4.Masukkan ayam,udang,dan lobak.Biarkan seketika.
5.Setelah itu masukkan tahu goreng,tauge dan sawi. Kacau sehingga masak.
6.Boleh dihidangkan. Sedap makan panas-panas.
Bahan-bahan yang diguna itu terpulang pada diri sendiri lah apa yang hendak diletak. Ct letak sahaja apa yang ada dalam peti ais. Ct tak guna bahan garam dan bahan perasa coz sos dan bahan-bahan yang dah bagi perasa yang cukup.
Selamat mencuba ye.