Pages

Saturday, February 2, 2013

Tea Time and Dinner For This Night

Hari ini kita tea time makan apam balik dan malam makan donut. Setiap kali ke BP Mall pasti akan beli Big Apple donut. Suka sangat makan.

Kalau ikutkan,semua Ct hendak makan. hahahahahaha.....

Lepas balik dari BP, pergi jalan-jalan di Benut. Teringin makan apam balik. Donut itu bila Ct hendak makan pulak. Kuat betul makan. Sebab itu badan macam dipan-pam macam belon sekarang ini.

Hari itu buat apam balik di rumah. Tapi tak jadi sangat coz buat terlalu tebal. Ct ikut resepi dari Mat Gebu. Memang sedap just buat terlalu tebal saja. Ct hanya buat 1/2 resepi coz makan untuk seorang saja.


Apam Balik
Sumber:Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :
1 cawan tepung naik sendiri
2 camca besar gula halus
3/4 cawan susu segar (2/4 cawan susu sejat + 1/4 cawan air)
1 camca teh esen vanilla
1 biji telur
1/4 camca teh soda bicarbonate
1/2 camca teh baking powder
1 camca besar mentega cair
Secubit garam

BAHAN TABUR :
1/2 cawan kacang tanah, ditumbuk kasar*
2 camca besar gula pasir*(*disatukan)
1/2 cawan jagung cream
Sedikit mentega atau majerin

CARA MEMBUATNYA:
1.Dalam bekas, satukan telur dengan gula, pukul hingga sebati. Tuang 1/2 cawan susu dan kacau rata. 2.Masukkan tepung, soda bicarbonate dan baking powder, kacau rata dan tuang baki susu tadi.
3.Masukkan mentega cair dan garam. Kacau hingga semua rata dan sebati. Ketepikan selama 15 minit.
4.Panaskan non-stick pan, gunakan api paling kecil, sapu permukaan kuali dengan minyak.Bila panas, sendukkan bancuhan tadi anggaran 1 1/4 senduk nasi, rata dan dia biar sekejap.
5.Tutup permukaan pan tadi, bila kelihatan berbuih dan kering, boleh sapu sedikit mentega dan ratakan krim jagung, dan kacang tanah + gula pasir tadi. Biarkan sebentar, kemudian angkat dan lipat dua.
6.Ulangi proses hingga siap. Boleh dihidangkan...


Resepi donut ini Ct guna resepi dari Mat Gebu. Sedap tau. Ct just guna setengah resepi.

Gambar di atas cume hiasan sahaja. Just buat simple donut saja hari itu.

Teringin hendak makan tapi malas keluar rumah. So cari-cari resepi jumpe respi Mat Gebu.

Donut
Sumber: Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :
500 gram tepung roti (tepung gandum)
11 gram instant yeast (mauripan)
1 biji telur, pukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla
50 gram mentega
1 camca besar shortening @ lemak sayur
2 camca besar gula halus
2 camca besar susu tepung @ susu pekat manis
1/2 camca teh garam
190 - 200 ml air suam
Gula aising, untuk hiasan
Blueberry filling untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :
1.Dalam satu bekas besar, masukkan air suam, gula, garam, mentega, shortening, susu dan yeast, biar hingga yeast berbuih.
2.Ayak 1/2 bahagian tepung dan gaul hingga hingga rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
3.Rehat kan doh 15 minit, canai doh tadi kurang lebih 1/2 inci, jika agak lembut boleh tabur sedikit tepung. 4.Terap dengan acuan bentuk bulat berukuran 3 inci, alih atas loyang. Buat hingga siap.
5.Rehat kan 15 - 20 minit dan kemudian goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada semua bahagian, angkat, tos dan sejukkan.
6.Dengan menggunakan gunting, buat sedikit lubang di tengah2 bahagian donat, saiz lubang bergantung ada saiz donat. Buat hingga siap, ayak gul aising dan sudukan sedikit blueberry filling pada lubang tadi. Boleh hidangkan..

Ct makan donut and apam balik dengan air jambu batu. Sedap sangat.

First time dulu perna minum dalam perjalanan ke Kelantan raya tahun lepas. Ke Kelantan coz hantar adik kahwin. Ct tidak ingat berhenti hentian mana tapi ada satu gerai tepi jalan yang memang just jual jambu ini.

Suka sangat. Sedap betul rasanya. Di kampung and KL jarang sangat jumpe. So Ct buat sendiri. Resepi sebenarnya ikut sukatan sendiri.

Air Jambu Batu

BAHAN-BAHAN
2 biji jambu batu tanpa biji
2 liter air
1 1/2 - 2 senduk gula pasir
sedikit pewarna hijau
Asam boi serbuk - secukupnya
Air batu secukupnya

CARA MEMBUATNYA
1.Jambu batu dibersihkan dan dipotong dadu, ambil jambu yg telah didadu dan masukkan kedalam blender dan ditambah air, gula dan asam boi sesukupnya. Blander hingga hancur.
2.Kacau sebati dan titikkan sedikit pewarna hijau untuk mencantikkan warna jus ini.
3.Masam dan manis jus ini bergantung pada kehendak masing-masing. Tambahkan air batu siap untuk diminum