Rumpai laut ini banyak khasiatnya. Ct dapat rumpai laut ini suruh adik beli di Semporna.
Adik Ct tinggal di Sabah so senanglah kalau hendak beli. Ct suruh beli banyak.
Separuh dah jual. Ada tinggal separuh lagi. Ini pada sesiapa yang berminat bolehlah beli dengan Ct. Boleh inbox pada Ct. Ct beritahu harganya. Ct jual dengan harga murah-murah saja.
Disini Ct ada letak khasiat, dan cara memasak rumpai laut
Kalau yang lain hendak tahu lebih. Boleh google saja. Banyak maklumat yang ada di internat.
Untuk kita orang perempuan memanglah baik. Bukan mahal sangat pun macam ubat lain. Lagi pun boleh tahan lama disimpan.
KEISTIMEWAAN RUMPAI LAUT COLLAGEN
1.Kaya dgn omega-3 yg akan membuat kulit kenyal dan kencang.
2.Merawat masalah kulit
3.Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre (kelenjar thyroid membengkak).
4.Mengencangkan/melicinkan kulit
5Mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat acidic.
6.Penuh dengan collagen
7.Kenapa sifat alkaline dalam Rumpai Laut itu tinggi? Antaranya adalah disebabkan kehadiran mineral yang tinggi dan pelbagai di dalamnya, mencukupi untuk keperluan manusia. Tambahan, Rumpai Laut adalah antara tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine, dan zinc.
8.Kaya dengan serat, meskipun struktur komposisinya tidak sama dengan tumbuhan/sayur darat. Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah si pemakannya.
9.Bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolestrol dan mencegah kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.
10.Beberapa jenis Rumpai Laut bertindak sebagai agen detox. Terdapat komponen di dalamnya yang mampu bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara semulajadi melalui tahi.
11.Ekstrak Rumpai Laut (Fucoidan) juga digunakan dalam penghasilan pil diet. Pil diet tersebut mampu membuatkan kita rasa cepat kenyang apabila makan dengan sedikit.
12.Mula diperkatakan dalam dunia kesihatan sejak beberapa puluh tahun yang lalu, sedangkan ia sudah menjadi sebahagian diet orang Timur, terutama yang menetap dipinggir pantai, sejak berzaman lagi.
13.Meskipun berkhasiat, namun tidak boleh diambil dalam KUANTITI YANG BANYAK dan berterusan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan keracunan iodine. Natural Sabah Seaweed
CARA PENGGUNAAN
1.Kena rendam semalaman.
2.Sebelum rendam kena basuh dulu mcm basuh beras.
3.Selepas rendam bsuh 2-3 kali kemudian rebus.
4.Mase rebus campur dgn 2 liter air kosong.
5.Lepas mendidih biarkan sejuk dan masukkan dalam beberapa bekas untuk masuk dalam peti.
6. Boleh dimakan begitu saja. Macam makan puding. Boleh juga ditambah perasaa oren.
CARA MAKAN
Sebelum sarapan(waktu terbaik mase perut kosong dan mase nak masuk tidur)blh juga untuk buat masker.
KHASIAT PURE MARINE COLLAGEN :- 10x ganda tinggi dari sirip yu (satu mangkuk kecil RM300)- khasiat same dengan sarang burung layang-layang (RM400 hingga ribuan)- 24% kolagen ni bersamaan 2 keping sarag burung layang-layang die tahan 3-4 week
Ini adalah rumapi laut kering. Ct ada dua jenis yang kuning dan yang ungu.
Yang warna ungu adalah gred yang baik. Harga untuk yang ungu mahal sikit dari yang kuning itu.
Yang ungu tinggal sikit sahaja coz banyak orang beli warna ungu.
Ini adalah hasil setelah dimasak. Rumpai laut ini akan cair bila dimasak. Boleh masukkan dalam bekas kecil
Bila telah sejuk, ia akan menjadi seperti agar-agar. Boleh simpan dalam peti ais.
Bila hendak makan baru Ct tambah perasaan oren.
Kalau letak perasaa bila masak. Nanti tak boleh simpan lama.Walau Ct hanya masak dalam100gm tapi hasilnya banyak. Boleh simpan sampai 2 3 minggu baru habis
Bila dah makan perut pun rasa kenyang. Bagus juga untuk diet.
Sesiapa hendak beli boleh contact Ct.